Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2023 Warga Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Encik Mohd Abdul Razak Rosli dari Pejabat Kewangan Negeri Perak memenangi Pertandingan Pakaian Tercantik kategori lelaki.
IPOH, 10 Mei 2023- Lebih 1,000 orang tetamu hadir memeriahkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2023 Warga Bangunan Perak Darul Ridzuan di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad serta isterinya, YABhg. Datin Seri Aezer Zubir.
Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azmir Shah Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Mahyudin serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.
Turut diadakan Pertandingan Gerai Tercantik dan Pertandingan Pakaian Tercantik bagi kategori lelaki dan kategori perempuan.
Bagi Pertandingan Gerai Tercantik, Pejabat Kewangan Negeri telah dinobatkan sebagai juara yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000. Manakala, naib juara dimiliki oleh Pejabat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan yang membawa pulang wang tunai RM750.
Seterusnya, tempat ketiga telah dimenangi oleh Bahagian Korporat yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM500.
Pertandingan Pakaian Tercantik kategori lelaki pula telah dimenangi oleh Encik Mohd Abdul Razak Rosli dari Pejabat Kewangan Negeri Perak dan kategori perempuan adalah Puan Anis Syahira Amir dari Bahagian Khidmat Pengurusan. Masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM200.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.