DYMM Paduka Seri Sultan Perak Berkenan Raikan Pengamal Media Pada Majlis Santapan Malam Sempena Hawana 2023.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak sempat beramah mesra bersama para pengamal media yang hadir.
KUALA KANGSAR, 27 Mei 2023- DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam bersama pengamal media sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Istana Iskandariah, di sini.
Hadir sama, YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad, YB Menteri Komunikasi dan Digital, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azmir Shah Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Mahyudin; YB Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri, Encik Mohd Azlan Helmi serta YBhg. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar Zaini.
Majlis yang diraikan secara santai itu telah dihadiri lebih 300 orang pengamal media daripada pelbagai agensi daripada dalam dan luar negara antaranya Berita Harian, Utusan Malaysia, Astro Awani, The Jakarta Post, Singapore Press, Philippines News Agency, Al-Jazeera dan banyak lagi.
Dalam perkembangan sama, kira-kira lebih 1000 pengamal media seluruh negara akan berkampung di negeri Perak bagi menjayakan HAWANA 2023.
HAWANA 2023 dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital dan dikendalikan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) itu berlangsung selama tiga hari bermula 27 Mei hingga 29 Mei di Ipoh, Perak.
Mengangkat tema 'Media Bebas, Tunjang Demokrasi', HAWANA 2023 menyediakan pelbagai pengisian dan aktiviti antaranya Media Hunt, Pertandingan Boling, forum dan banyak lagi.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.