Majlis Pelancaran Dan Flag Off Trek Komoditi 2023.
YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Haji Fadillah bin Yusof menyempurnakan gimik perasmian disaksikan YB SUK, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim.
KUALA KANGSAR, 10 Jun 2023 - Pokok Getah Pertama Malaya Kuala Kangsar menjadi lokasi pilihan 'flag off' sebagai simbolik pelancaran Program Trek Komoditi 2023 anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
Pemilihan lokasi ini memberi makna tersendiri terhadap sektor komoditi getah negara memandangkan pokok getah tersebut telah dibawa dari Brazil oleh Sir Henry Wickham semasa ekspedisi ke Tanah Melayu pada 1876.
Pelancaran yang telah disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof membawa tema "Memacu Kemampanan Komoditi Negara Demi Kesejahteraan Rakyat".
Program ini juga merupakan platform YAB Dato' Sri Haji Fadillah bersama pihak pengurusan tertinggi KPK untuk menyantuni pekebun kecil dan pemain industri sektor komoditi secara langsung serta medium maklum balas mereka tentang situasi semasa.
Hadir sama, Ketua Setiausaha KPK, YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli; YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki bin Mahyudin dan Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Encik Zulhisham bin Ahmad Shukori.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.