Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SUK Perak Tahun 2022.
YAB Dato' Seri Saarani Mohamad menyampaikan APC kepada Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Korporat, Puan Anita Amri.
IPOH, 14 Jun 2023 - Seramai 67 orang kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak dan Pejabat Kewangan Negeri Perak dipilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).
Majlis anugerah itu disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad di Hotel Kinta Riverfront, petang ini.
Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para penerima dan semoga anugerah ini dapat menjadi pembakar semangat kepada penjawat awam.
“Majlis APC ini diharap dapat menjadi pembakar semangat kepada penjawat awam untuk memberikan khidmat bakti yang terbaik kepada rakyat secara keseluruhannya.
“Amanah yang dipikul hendaklah dilaksanakan dengan penuh komitmen dan dedikasi demi menjaga imej jabatan dan kerajaan,” katanya.
Antara penerima anugerah adalah YBhg Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak, Dato’ Mohamad Fariz Mohamad Hanip; Setiausaha Sulit Kanan DYMM Sultan Perak, Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Kolonel Norzahari Efandy Zakaria; Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Encik Meor Hezbullah Meor Abd Malik dan Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Batu Gajah, Encik Mohamad Razif Ramli.
Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Dato’ Azmir Shah Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Mahyudin dan YB Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.