Skip to main content

Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal RMKe-12 2021-2023 Negeri Perak

YAB Menteri Besar Perak ketika menyampaikan ucapan

IPOH, 3 Julai 2023 -  Sesi Libat Urus (SLU) Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (KSP RMKe-12) bersama Kerajaan Negeri Perak telah berlangsung di Casuarina@Meru, di sini.

Objektif sesi libat urus tersebut adalah untuk membentangkan mengenai hala tuju pembangunan negara separuh penggal RMKe-12 di samping mendapatkan cadangan daripada Kerajaan Negeri Perak mengenai perancangan pembangunan negeri.

Melalui platform tersebut, turut diadakan sesi dialog bersama anggota pentadbiran kerajaan negeri, pemain industri, orang awam dan ramai lagi yang telah dipengerusikan oleh YB Menteri Ekonomi, Tuan Mohd Rafizi bin Ramli.

Hadir sama, YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani bin Mohamad; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki bin Mahyudin; YB Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak, Dato’ Mohamad Zahid bin Dato' Abdul Khalid; barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta YBhg. Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral), Kementerian Ekonomi, Datuk Yatimah binti Sarjiman.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.