Skip to main content

Mesyuarat Agung Kelab Seri Perak Darul Ridzuan Ke-27 Tahun 2023.

YB Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim mengucapkan tahniah kepada yang hadir dan sayangkan KESEDAR pada hari ini

IPOH, 14 Julai 2023 – Seramai 557 orang ahli Kelab Seri Perak Darul Ridzuan (KESEDAR) menghadiri Mesyuarat Agung KESEDAR Kali Ke-27 Tahun 2023 yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, pagi ini.

Yang Dipertua KESEDAR, YB Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim merakamkan tahniah kepada semua ahli yang dapat hadir pada mesyuarat kali ini sebagai tanda sokongan kepada kelab.

“Saya ucapkan tahniah kepada yang hadir dan sayangkan KESEDAR pada hari ini. Sebagai penjawat awam di negeri Perak, jika kita tidak menyokong program-program yang dianjurkan, tiada orang lain yang akan sokong apatah lagi kalau pihak luar. Saya amat berterima kasih kepada saudara dan saudari yang menyumbang sokongan kepada kelab ini,” ujarnya ketika berucap di majlis tersebut.

Tambahnya lagi, beliau lihat kelab ini adalah sebagai satu wadah yang terbaik untuk menyatupadukan semua warga Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Pejabat Kewangan Negeri Perak, Lembaga Muzium Negeri Perak, Majlis Sukan Negeri Perak dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Perak.

“Perpaduan yang kukuh tidak dapat dicapai tanpa ia disulami dengan semangat setiakawan dan sikap saling membantu antara kita tanpa sempadan bahagian dan pangkat. Kita perlu sentiasa saling bekerjasama dan memberi dorongan kepada satu sama lain untuk memastikan KESEDAR kekal relevan dan bersemangat dalam menganjurkan pelbagai aktiviti,” jelasnya.

YB Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim turut menyampaikan cenderamata kepada setiap wakil ketua bahagian sebagai simbolik penyerahan cenderamata kepada semua ahli KESEDAR.

Pada majlis tersebut, pembubaran Ahli Jawatankuasa Sesi 2021/2022 telah dibuat dan diteruskan lagi dengan pelantikan Ahli Jawatankuasa KESEDAR 2023/2024 selain pengesahan minit mesyuarat yang lalu oleh Naib Yang Dipertua KESEDAR, YBhg. Dato’ Nor Sham Binti Rahman.

Hadir sama, YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki Bin Mahyudin.

Mesyuarat diakhiri dengan pemberian cabutan bertuah kepada ahli yang hadir.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.