Skip to main content

Majlis Diambang Ma’al Hijrah Negeri Perak Darul Ridzuan 1445H/2023M.

Para jemaah menunaikan solat Maghrib dan Isyak sebelum diakhiri dengan majlis jamuan makan.

IPOH, 18 Julai 2023- YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani bin Mohamad hadir bagi menyempurnakan Majlis Diambang Ma'al Hijrah Negeri Perak 1445H/2023M di Masjid Sultan Idris Shah ll, di sini.

Majlis yang bermula kira-kira jam 7.00 malam itu dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan tahlil yang diketuai oleh Imam Besar Masjid Sultan Idris Shah ll, Tuan Haji Abd Farid bin Haji Salleh serta bacaan al-Quran dan terjemahan diikuti dengan bacaan doa akhir tahun, doa awal tahun serta solat Maghrib.

Selesai solat Maghrib, majlis diteruskan lagi dengan Tazkirah Khas Ma'al Hijrah oleh YBhg. Naib Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan, Tuan Haji Muhammad Fitri bin Abdullah yang bertajuk ‘Penghijrahan Minda, Penghijrahan Budaya’.

Usai sesi tazkirah tersebut, YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad bersama para jemaah yang lain berkesempatan untuk menunaikan solat Isyak sebelum majlis tersebut diakhiri dengan sesi jamuan makan.

Hadir sama bagi memeriahkan majlis tersebut, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki bin Mahyudin; YBhg. Mufti Negeri Perak, Sahibus Samahah Dato’ Haji Wan Zahidi bin Wan Teh; YAA Ketua Hakim Syarie Mahkamah Utama Syariah Negeri, Dato' Ab. Rahman Thobroni Mohd Mansor; Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Annuar bin ZainiOrang Besar Jajahan Kinta, YDH Toh Muda Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja, Dato’ Ab Wahab bin Dato’ Seri Azizul Hassan; YBhg. Pengarah Jabatan Agama Islam, Tuan Haji Harith Fadzilah bin Abd Halim serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 27 November 2025, 04:19:41.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.