Skip to main content

YAB Menteri Besar Perak Terima Kunjungan Hormat Konsul Jeneral China Di Pulau Pinang.

YAB Menteri Besar Perak ketika menyambut kehadiran Konsulat Jeneral China di Pulau Pinang.

IPOH, 26 Julai 2023- YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad hari ini menerima kunjungan hormat daripada Konsul Jeneral China di Pulau Pinang, H.E Zhou Youbin.

Kehadiran H.E Zhou Youbin itu telah disambut oleh YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ Nor Sham binti Rahman; YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Encik Loh Sze Yee serta YB Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Encik Teh Kok Lim.

Sejurus disambut, delegasi dibawa ke Pejabat Menteri Besar Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini bagi mengadakan sesi perbincangan berkaitan potensi kerjasama ekonomi di negeri Perak.

Kunjungan tersebut merupakan medan pertukaran informasi dan maklumat di samping mengeratkan lagi hubungan dua hala di antara Kerajaan Negeri Perak dan negara China.

Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim dan YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Puan Sandrea Ng Shy Ching.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.