Skip to main content

Majlis Amanat Dan Penyerahan Surat Pemangkuan PTD Gred M48 Dan M52 Peringkat Zon Utara.

Tetamu kehormat bergambar bersama

IPOH, 28 Julai 2023- Penjawat awam perlu laksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab menjadikan pekerjaan kita sebagai salah satu ibadah.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), YBhg. Dato' Dr Zulkapli bin Mohamed berkata demikian ketika menghadiri Majlis Amanat dan Penyerahan Surat Pemangkuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M48 dan M52 Peringkat Zon Utara.

“Kerajaan telah meletakkan beberapa sasaran antaranya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara atau peneraju ekonomi asia.

“Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita sebagai pentadbir untuk melihat semula proses prosedur dan cara kerja sebagai pemudahcara untuk meningkatkan kecekapan menghapuskan peraturan-peraturan lapuk menjadikan pendigitalan sebagai kaedah baru dalam urusan harian organisasi bagi mencapai matlamat tersebut,” jelasnya ketika berucap di majlis berkenaan.

Tambahnya lagi, dalam masa yang sama, keupayaan kita untuk bertindak berfikir di luar kebiasaan melaksanakan tugas tanpa batas waktu untuk terus belajar memperbaiki kelemahan diri menambah ilmu di samping mengekalkan nilai-nilai murni akhlak mulia serta berintegriti lagi amanah.

Beliau turut menyampaikan surat pemangkuan kepada 86 orang PTD yang berkhidmat di zon utara terdiri daripada 10 orang pegawai yang akan diberikan pemangkuan ke gred M52 dan 76 orang pegawai yang akan menerima pemangkuan ke gred M48 sebelum mengakhiri majlis dengan jamuan makan.

Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ Nor Sham binti Rahman; Pengarah Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Encik Baduruhisam bin Mohd Nor; Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam, Puan Aida Maizura binti Mazlan; Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan, Encik Mohd Zulkefley Mohd Sabri dan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak, YBhg. Dato' Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.