Lawatan Kerja Ketua Audit Negara Ke Pejabat SUK Perak.
YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi melawat Galeri Rumah Lat sebelum mengakhiri lawatan.
IPOH, 14 Ogos 2023- Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi bersama delegasinya telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, pagi ini.
Ketibaan beliau telah disambut oleh YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki bin Mahyudin; YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ Nor Sham binti Rahman dan YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Puan Halizah binti Sipun.
Lawatan kerja tersebut dimulakan dengan kunjungan hormat kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim.
Seterusnya, YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi menghadiri Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perak Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim.
Hadir sama, YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin; Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBhg. Datuk Nor Salwani binti Haji Muhammad; YBrs. Pengarah Sektor Audit Kewangan, Jabatan Audit Negara, Encik Azunan bin Daud dan YBrs. Pengarah Audit Negeri Perak, Puan Selwah binti Haji Said.
Beliau bersama delegasi turut berkesempatan untuk mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad dan melawat Galeri Rumah Lat sebelum mengakhiri lawatan.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.