Skip to main content

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Berkenan Berangkat Ke Majlis Anugerah Kecemerlangan MCKK.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan bergambar bersama Ahli Lembaga Pengelola MCKK 

KUALA KANGSAR, 19 Ogos 2023- DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan  Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan berangkat ke Majlis Anugerah Kecemerlangan The Malay College Kuala Kangsar (MCKK), di sini.

Ketibaan baginda disambut dengan penuh istiadat dan diikuti dengan persembahan koir lagu negeri Perak yang diiringi oleh Wind Orkestra MCKK di Auditorium Tun Abdul Razak kolej berkenaan.

Hadir sama YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani bin Mohamad; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen. Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Dr. Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara); YB Yang Di-Pertua Dewan Negeri, Dato’ Mohamad Zahir bin Abdul Khalid; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri, Encik Khairudin bin Abu Hanipah serta YBrs. Pengetua Cemerlang The Malay College Kuala Kangsar, Encik Mohd Shahadan bin Abdul Rahman.

Pada majlis itu, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan menyampaikan anugerah kepada 70 orang bekas pelajar yang mendapat pencapaian terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.

Baginda turut berkenan menyampaikan anugerah kepada tujuh tokoh pelajar MCKK yang masing-masing dikurniakan Anugerah Carey; Anugerah Hasanal Bolkiah; Anugerah Kepimpinan; Anugerah Yayasan MCKK; Anugerah MCOBA; Anugerah Pengetua serta Anugerah Persatuan Ibu, Bapa dan Guru (PIBG).

Selain itu, penghargaan turut disampaikan kepada Exco Pengawas International Baccalaureate Diploma Program (IBDP); Exco Badan Pengawas MCKK; Pelajar Terbaik IBDP Tahun 1; Pelajar Cemerlang Bahasa Antarabangsa serta para pelajar IBDP.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.