Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ketika majlis penyerahan watikah pelantikan
KUALA KANGSAR, 19 Ogos 2023- DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan menyerahkan watikah pelantikan Anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak di Istana Iskandariah, di sini.
Turut berangkat ke majlis tersebut, DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa dan DYAM Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.
Mendahului lantikan itu adalah YBhg. Mufti Negeri Perak, SS Dato' Hj. Wan Zahidi bin Wan Teh yang menerima watikah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.
Turut menerima watikah sebagai Anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, YBhg. Timbalan Mufti Negeri Perak, SS Dato' Haji Zamri bin Hashim; YBrs. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, SS Tuan Haji Harith Fadzilah bin Haji Abdul Halim; YBhg. Dato' Haji Asad bin Awang; YBrs. SS Profesor Madya Dr. Mohamed Fairooz bin Abdul Khir dan YBrs. SS Profesor Madya Dr. Lukman bin Abdul Mutalib.
Antara penerima lain, YBrs. SS Dr. Muhammad Ayman Al-Akiti; YBrs. SS Dr. Azmil bin Zainal Abidin; YBrs. SS Dr. Muhammad Adib bin Samsudin serta YBrs. SS Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali.
Hadir sama dalam majlis tersebut, YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani bin Mohamad; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen. Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Dr. Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara); YB Yang Di-Pertua Dewan Negeri, Dato’ Mohamad Zahir bin Abdul Khalid; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim serta Ahli-ahli Dewan Negara Negeri Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.