Skip to main content

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Berkenan Berangkat Ke Majlis Moa Antara Upsi Dengan OXCIS, UK.

Baginda beramah mesra bersama tetamu yang hadir

TANJUNG MALIM, 23 Ogos 2023- DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan berangkat ke Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Antara Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan Oxford Centre for Islamic Studies (OXCIS), United Kingdom (UK), pagi ini.

Berangkat sama, DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim merangkap Canselor UPSI.

Baginda berdua berkenan menyaksikan MoA antara UPSI yang diwakili oleh Naib Canselor UPSI, YBhg. Prof Dato' Dr. Md Amin bin Md. Taff dan Ketua Timbalan Pendaftar UPSI, YBrs. Encik Helmi Zaifura bin Abdul Rahman manakala OXCIS, UK diwakili oleh Pengarah OXCIS, UK, YBhg. Dr. Farhan Ahmad Nizami dan Felo OXCIS, Universiti Oxford, UK, YBhg. Prof Dato' Dr Muhammad Afifi al-Akiti.

Hadir sama, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad dan isteri, YABhg. Datin Seri Aezer binti Zubin; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara) dan isteri, YABhg. Toh Puan Datin Seri Diraja Puan Sri Hajah Rasiah binti Md. Nor; YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim dan isteri, YBhg. Datin Che Fauziah binti Ahmad; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin serta YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki bin Mahyudin serta Deputy Vice Rector for International Cooperation, Uzbekistan State World Languages University, Dr. Alisher Abidjanov.

Menurut YBhg. Prof Dato' Dr. Md Amin bin Md. Taff, majlis ini menandakan bermulanya perkongsian yang luar biasa antara dua institusi yang kaya dengan warisan, tradisi dan kecemerlangan akademik.

“MoA yang dilakukan adalah supaya UPSI dan OXCIS bergabung tenaga untuk melahirkan inisiatif ‘Qari-in-Residence’ yang menyaksikan pelajar terpilih dari program Tahfiz dan Turath Islami akan berada di OXCIS sepanjang bulan Ramadan bermula pada tahun 2024.

“Program ini memberi peluang pelajar kami terlibat dengan komuniti tempatan di OXCIS dan di Oxfordshire melalui pelbagai aktiviti bersama komuniti dan pemindahan pengetahuan yang akan menjadi nilai tambah kepada pelajar malah memberi penekanan terhadap pengantarabangsaan dan memperkasakan pelajar yang sejajar dengan objektif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT),” jelasnya ketika menyampaikan sembah ucapan.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.