Taqarrub Bersama Anak Muda Sempena KAMU 2023.
YAB Menteri Besar Perak ketika menyampaikan mock cheque sim kad XOX.
IPOH, 15 September 2023- YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani bin Mohamad hadir bagi menyempurnakan Program Taqarrub Bersama Anak Muda sempena Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) 2023 di Stadium Indera Mulia, di sini.
Program tersebut dimulakan dengan solat Isyak berjemaah dan diteruskan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid terkenal, UNIC.
Seterusnya, majlis bersambung dengan sesi ceramah agama oleh PU Riz dengan tajuk "Kaya Jiwa".
Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran belia dan pelajar dari Sekolah Izzudin Shah; Sekolah Raja Perempuan Taayah; Maahad Tahfiz Al-Ansori; Tahfiz Rendah Darul Furqan dan Tahfiz Wal Qiraat Addin 7.
Sebelum mengakhiri majlis, Dato' Seri Saarani bin Mohamad berkesempatan menyampaikan mock cheque sim kad XOX kepada wakil-wakil sekolah tersebut.
Hadir sama YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki bin Mahyudin; YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan, Encik Khairudin bin Abu Hanipah serts ketua-ketus jabatan dan agensi negeri.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.