Skip to main content

MDS Lokasi Ketiga Program Sehari Bersama YB SUK.

YB Setiausaha Kerajaan Negeri ketika menandatangani buku pelawat.

SELAMA, 15 September 2023 - Majlis Daerah Selama (MDS) menjadi lokasi ketiga bagi Program Sehari Bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim.

Program tersebut dimulakan dengan sesi lawatan ke jabatan-jabatan bagi melihat perjalanan pentadbiran dan sesi beramah mesra bersama warga kerja MDS.

Seterusnya, YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim telah dibawa ke Sesi Demonstrasi Lawatan Maya Pelancongan Daerah Selama (Selama Virtual Tour) bagi merasai sendiri pengalaman pelancongan secara maya.

Selepas selesai sesi demonstrasi tersebut, program diteruskan lagi dengan sesi taklimat berkaitan pengenalan pentadbiran, dan peranan MDS dalam memacu Pelan Perak Sejahtera 2030 yang telah disampaikan oleh YBrs. Yang Dipertua MDS, Encik Nor Akmal bin Yang Ghazali.

Program tersebut diteruskan lagi dengan sesi lawatan tapak di Taman Cempasari , di sini bagi melihat  cadangan projek pemajuan bersepadu antara Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) dan MDS.

Sebelum mengakhiri program, YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim berkesempatan untuk ke Rumah Rehat Selama (Selama Inn) bagi sesi taklimat Projek Naik Taraf Lobi Selama Inn bagi persediaan Tahun Melawat Perak 2024 dan sesi jamuan makan tengah hari bersama warga MDS.

Hadir sama, YBrs. Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), Encik Mohd Nasrul bin Menhat; YBrs. Timbalan Pengarah Kanan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Puan Haslinda binti Alias; YBrs. Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Kerajaan Tempatan, Puan Mufidah binti Mahfoz; YBrs. Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan, Bahagian Korporat, Puan Anita binti Amri dan YBrs. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Zulkefli bin Abdullah.

Dalam perkembangan sama, Program Sehari Bersama YB SUK itu bertujuan bagi memberi ruang kepada YB Dato' Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta barisan kepimpinan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK) Perak untuk menyantuni keperluan dan menyelami hala tuju pentadbiran setiap daerah di negeri ini.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.