YAB MB Perak Sempurnakan Majlis Kemuncak KAMU 2023.
YAB Menteri Besar Perak ketika melawat Karnival Kerjaya Perak Sejahtera 2030.
IPOH, 17 September 2023 - YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani bin Mohamad hari ini menyempurnakan Majlis Kemuncak Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) 2023 di Stadium Indera Mulia, di sini.
Hadir sama dalam majlis tersebut, YB Yang Di-Pertua Dewan Negeri, Dato' Mohammad Zahir bin Abdul Khalid; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Negeri serta ketua-ketua jabatan dan agensi negeri.
Pada majlis tersebut, YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad berkesempatan menyerahkan surat tawaran pekerjaan kepada beberapa penerima sempena Karnival Kerjaya Perak Sejahtera 2023 dan Karnival TVET yang turut diadakan sempena KAMU 2023.
Selain itu, beliau turut meluangkan masa mengadakan sesi walkabout di tapak karnival bagi beramah mesra bersama para usahawan dan anak muda yang hadir ke KAMU 2023.
Dalam perkembangan sama , KAMU 2023 merupakan inisiatif berinspirasikan program anak muda dengan empat elemen melalui pengisian menarik seperti program mesra belia, aspek hiburan, seni dan budaya.
Selain itu ia bertujuan menghimpunkan anak muda dan para belia dengan menerapkan inovasi, kreatif dalam program sosial.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.