Skip to main content

Program Jelajah Belanjawan 2024 Negeri Perak.

YB Timbalan Dipertua Dewan Negeri, Puan Jenny Choy Tsi Jen ketika mengutarakan pandangan di majlis berkenaan

IPOH, 18 September 2023 - Kerajaan Persekutuan melaksanakan pengurusan fiskal yang lebih baik, perbelanjaan yang lebih berhemah dan strategik serta pemerolehan cukai yang lebih cekap bagi mengelakkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

YB Timbalan Menteri Kewangan II, Tuan Steven Sim Chee Keong berkata demikian apabila menghadiri Program Jelajah Belanjawan 2024 Negeri Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

“Untuk perbelanjaan, kita akan berbelanja untuk projek sekolah dan klinik daif serta infrastruktur yang boleh mendatangkan produktiviti.

“Bagi kutipan cukai pula, kita menggunakan konsep A.E.S iaitu ‘Awareness, Education, Service’. Kita menggunakan perkhidmatan untuk menggalakkan pembayaran cukai dan kesannya kutipan cukai setakat ini telah capai 20 peratus menjangkaui jangkaan kita.

“Jadi, cara bersasar ini dapat mengelakkan kerajaan daripada mengenakan GST terutama semasa kita sedang mengalami keadaan ekonomi yang agak perlahan di seluruh dunia,” jelasnya.

Dalam majlis yang sama, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, berucap bahawa Kerajaan Negeri Perak telah mengemukakan sembilan projek dengan implikasi kewangan berjumlah RM138.67 bilion kepada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sebelum sesi jelajah ini.

“Antaranya adalah projek naik taraf fasiliti dan bangunan di Unit Kecemasan dan Trauma serta projek penambahan katil baharu bagi kegunaan pesakit Hospital Raja Permaisuri Bainun.

“Selain daripada itu adalah Projek Naik Taraf Fasiliti Pendidikan dan Projek Naik Taraf Infrastruktur Rancangan Perkampungan Tersusun.

Hadir sama, Yang Di-Pertua Dewan Negeri Perak, YB Dato’ Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki bin Mahyudin; YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Puan Halizah binti Sipun dan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.

YB Tuan Steven Sim Chee Keong bersama delegasi turut berkesempatan mengadakan lawatan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun. Seterusnya, tapak Projek Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) di Batu 6, Tambun Tambahan.

Sebelum mengakhiri program, beliau menyempurnakan sesi penyerahan bantuan rumah kepada tiga orang penerima di sekitar Ulu Kinta.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.