Sambutan Jubli Intan Ke-60 AUEGCAS Malaysia Dan Perasmian Pejabat AUEGCAS Negeri Perak.
YB Encik Sivanesan A/L Achalingam bergambar bersama ahli AUEGCAS di hadapan pejabat AUEGCAS
IPOH, 24 September 2023 - YB Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional, Encik Sivanesan A/L Achalingam hadir merasmikan Pejabat Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) Negeri Perak di Pekarangan Parkir Kompleks, Pejabat Kerajaan Negeri Perak, petang ini.
“Hari ini juga adalah Hari Sambutan Jubli Intan ke-60 AUEGCAS Malaysia. Kesatuan ini telah lama dan bersejarah yang mempunyai 45,000 ahli di seluruh Malaysia,” jelasnya yang hadir ke majlis tersebut mewakili YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad.
Beliau turut menyeru kepada semua kesatuan untuk mengubah minda kesatuan mengikut peredaran zaman bagi memastikan ia kekal relevan.
Hadir sama, Presiden AUEGCAS Negeri Perak, Encik Asman bin Haji Mohd Nawawi; Timbalan Presiden II Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Tuan Azman Shah bin Abdul Rahman dan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Encik Kamarul Baharin bin Mansor.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.