Majlis Perasmian "Rasa-Rasa Akuakultur" Sempena Program Perak AGROFEST 2023
YB Setiausaha Kerajaan Negeri ketika melakukan lawatan ke reruai pameran.
SUNGAI SIPUT, 30 September 2023 - YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim hadir bagi menyempurnakan Majlis Perasmian "Rasa-Rasa Akuakultur" Sempena Program Perak Agrofest 2023, di Ladang Infoternak, di sini.
Hadir sama YBhg. Pengarah Perikanan Malaysia, Dato' Adnan bin Hussain; YBrs. Pengarah Perikanan Negeri, Encik Mohd Ghazali bin A Manap; YDH Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar, Toh Maharaja Indera Dr. Haji Khairil Anuar bin Arshad serta YBrs. Pengarah Pertanian Negeri, Puan Ts. Norsiyenti binti Othman.
Program "Rasa-Rasa Akuakultur" bertujuan mempromosi dan menggalakkan masyarakat dalam pengambilan ikan akuakultur sebagai hidangan harian.
Usaha tersebut juga mampu memberi manfaat dalam memperkasakan industri akuakultur yang kini merupakan satu daripada lima fokus utama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) selain dari memenuhi keperluan sumber protein rakyat Malaysia.
Terdahulu, YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim berkesempatan melakukan lawatan sempena hari kedua Perak Agrofest 2023.
Dalam perkembangan sama, Perak Agrofest 2023 berlangsung selama tiga hari bermula 29 September hingga 1 Oktober 2023 dan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik seperti jualan, demonstrasi pertanian, makanan serta penternakan disediakan sepanjang program ini berlangsung.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.