Para tetamu teruja dapat bersua muka dengan baginda.
TANJUNG MALIM, 3 Oktober 2023 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah berkenan bercemar duli merasmikan Kompleks Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dan Balai Cerap Tan Sri Harussani, pagi ini.
Keberangkatan tiba baginda telah disambut oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani bin Mohamad.
Hadir sama, YABhg Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral Dato' Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin; YB Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Dato' Sri Huang Tiong Sii; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), YBhg. Dato' Haji Rosli bin Isa; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki bin Mahyudin; YBrs. Pengarah INSTUN, Encik Khairin Nazry bin Karim dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
YB Dato' Sri Huang Tiong Sii dalam sembah ucapannya berkata, INSTUN ditubuhkan pada 1 Mei 1998 bagi menyediakan kursus dalam bidang tanah, ukur dan pemetaan dan teknologi maklumat yang berkaitan.
"Ia mula beroperasi di Wisma Tanah, Jalan Semarak, Kuala Lumpur sebelum berpindah ke kampus sedia ada di Behrang Ulu pada tahun 2002 yang dibina dengan kos berjumlah RM117.2 juta. Kini, INSTUN merupakan sebuah agensi di bawah naungan NRECC.
"Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi patik sekalian, menjadi saksi kepada Perasmian Balai Cerap Tan Sri Harussani yang dibina dengan kos RM7.086 juta. Sebagai sebuah balai cerap moden yang pertama di negeri Perak, Balai Cerap Tan Sri Harussani akan menjadi platform perkongsian ilmu falak kepada semua peringkat lapisan masyarakat. INSTUN juga bertuah kerana menjadi Institut Latihan Awam (ILA) tunggal yang memiliki fasiliti balai cerap bertaraf dunia," jelasnya.
Sementara itu, Penolong Ketua Program, Unit Geodesi Fizikal, Bahagian Ukur dan Pemetaan, INSTUN, Encik Sr. Zakaria bin Abdullah berkata, balai cerap ini telah siap dibina pada 5 Julai 2023.
"Balai cerap ini adalah pusat pendidikan dan pengajian ilmu falak serta astronomi sebagai usaha menyebarkan ilmu dan kemahiran dalam bidang tersebut.
"Kita dapat menjalankan aktiviti falak dan astronomi dengan lebih berkesan dan sistematik seperti cara pengiraan waktu solat dan melihat anak bulan, menentukan arah kiblat solat, mencerap objek di langit seperti bintang, planet, buruj, komet atau meteor.
"Di samping itu, lokasi ini dipilih kerana kawasannya yang paling tinggi di INSTUN dan berbukit serta masih lagi dikelilingi hutan dan kurang pencemaran cahaya lampu akibat kegiatan manusia," ujarnya.
Sebelum berangkat pulang, baginda turut berkenan meluangkan masa melawat di sekitar kompleks balai cerap yang dilengkapi dengan pusat galeri, kubah cerapan, ruang cerapan serta teleskop utama.
Sistem Direktori Kakitangan Pejabat SUK Perak | |
Klik Sistem Direktori Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk maklumat pengguna. Sistem ini disediakan di dalam versi BAHASA MELAYU SAHAJA. Untuk makluman sistem ini dapat dilayari melalui versi mozilla 8 dan IE8 ke atas sahaja. KLIK DISINI >> |
Senarai di bawah adalah Laporan Bilangan Transaksi Online yang digunakan oleh pengguna portal. Juga dilampirkan Pencapaian Piagam Pelanggan bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk rujukan.
Laporan Bilangan Transaksi Perkhidmatan Online | |
Pencapaian Piagam Pelanggan | |
Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan | |
Kajian Kepuasan Pekerja |
Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Beliau juga pernah berkhidmat di Bahagian Perumahan Awam sebagai Ketua Penolong Setiausaha, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) ialah sebagai Pegawai Daerah Muallim. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.
Beliau juga berkelulusan Ijazah Sarjana Informasi Global dan Telekomunikasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Bioteknologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ialah sebagai Datuk Bandar Ipoh. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) disandang oleh YBrs. Puan Halizah binti Sipun. Beliau berkelulusan B.E (Hons) Fakulti Ekonomi dan Pengkhususan Bidang Analisis Ekonomi (UKM), Diploma Pengurusan Awam (INTAN) dan Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) (UTM). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 26 Mac 1996 sebagai Penolong Setiausaha di Unit Ekonometrik, Bahagian Analisa Ekonomi dan Antarabangsa, Kementerian Kewangan Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa jabatan seperti SUB Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat SUK, Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Pengurusan Projek dan Penyelarasan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) ialah sebagai Pegawai Daerah dan Tanah Kinta. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Sila Klik Disini Senarai Data Terbit Keseluruhan Bagi Kerajaan Negeri Perak
Any complaint in the State of Perak must be through the channel provided here
We will reply all post within 5 working days. Thank you.
Click Here: e-Aduan Perak
Perak SUK Office Staff Directory System | |
Klik Perak State Secretary's Office Staff Directory System for user information. The system is available in version ENGLISH ONLY. For information this system can be browsed through mozilla 8 and IE8 versions and above only. CLICK HERE >> |
Please Click Here For The List Of Overall Published Data Of The Perak State Government.
The list below is the Online Transaction Number Report used by portal users. Also attached is the Client Charter Achievement for the Perak State Secretary's Office for reference.
Online Service Transaction Number Report | |
Client Charter Achievement | |
Customer Satisfaction Survey Report | |
Employee Satisfaction Survey |