DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan Berkenan Berangkat Ke Majlis Perasmian Ulang Tahun Ke-5 Geopark Lembah Kinta.
DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan berkenan lafaz merasmikan Ulang Tahun Ke-5 Geopark Lembah Kinta dan Pelancaran International Geopark Run 2024@Ipoh Low Carbon Day di Persiaran Dewan Bandaraya, Jalan Sultan Abdul Jalil
IPOH, 22 Oktober 2023 - DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Perasmian Ulang Tahun Ke-5 Geopark Lembah Kinta dan Pelancaran International Geopark Run 2024@Ipoh Low Carbon Day di Persiaran Dewan Bandaraya, Jalan Sultan Abdul Jalil.
Berangkat sama, DYAM Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.
Turut hadir, YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani bin Mohamad; Yang Di-Pertua Dewan Negeri, YB Dato’ Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Mohd Zaki bin Mahyudin dan YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Encik Loh Sze Yee.
Menurut YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Kerajaan Negeri Perak sasar Perak sebagai negeri sifar tapak pelupusan sampah menjelang 2030.
"Dalam hubungan itu, sesuai dengan kedudukan Ipoh dalam Geopark Lembah Kinta, Kerajaan Negeri melalui inisiatif Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berhasrat untuk menggunapakai sistem pelupusan sampah dan sisa pepejal baharu melalui kaedah thermowaste.
"Teknologi itu merupakan kaedah pengasingan sisa pepejal isi rumah dengan lebih cekap, cepat serta mudah. Malah sisa pepejal yang diasingkan boleh memberi pulangan pendapatan melalui penghasilan komoditi seperti biojisim, plastik dan logam untuk dijual kepada pihak industri," jelasnya ketika sidang media kepada pemberita.
Terdahulu, YBhg. Datuk Bandar Ipoh, Dato' Rumaizi bin Bahrin @ Md Daud diiringi Pemangku Pengarah Perbadanan Taman Negeri Perak, YBrs. Encik Lau Ching Fong menyempurnakan pelepasan acara Geopark 5Run sejauh 5km kira-kira jam 7.45 pagi.
Geopark Lembah Kinta telah diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan sejak 2017 telah menyenaraikan 22 geotapak, 8 tapak biodiversiti, 11 tapak warisan dan sejarah serta 7 geoproduk.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.