Syarikat MedicPets Sdn Bhd telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa melalui penyertaan ke ekspo antarabangsa.
IPOH, 6 November 2023 - YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani bin Mohamad menyaksikan penyempurnaan Majlis Penyerahan Dokumen bagi Program Pusat Inovasi Teknologi Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NTIC) dan Sijil Penghargaan kepada Syarikat di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Antara syarikat yang terlibat adalah Syarikat HZ Green Pulp Sdn Bhd, Syarikat B-Crobes Laboratory Sdn Bhd, Syarikat MedicPets Sdn Bhd, Syarikat Syillis Manufacturing Sdn Bhd dan Syarikat Mesra AgroHerbs Sdn Bhd.
Sebanyak 10 syarikat di Perak menerima agihan Dana Usahawan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) berjumlah lebih RM16 juta bagi merangsang pertumbuhan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negeri ini.
Menurut YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Negeri (JPN) Perak, manfaat diterima usahawan itu adalah hasil kerjasama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) bagi membantu PMKS di negeri ini terus berkembang dan berdaya saing.
"Inisiatif yang dilaksanakan NCIA itu sangat signifikan dalam menjayakan agenda kerajaan negeri untuk meningkatkan ekosistem dan kumpulan bakat di Perak. Usaha NCIA ini telah berjaya menarik pelaburan, memupuk perniagaan tempatan dan memperkasakan komuniti.
“Kami berharap untuk meneruskan kerjasama dengan NCIA supaya terus menarik pelaburan, memupuk inovasi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat Perak,” jelasnya.
Hadir sama, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri,
Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Encik Loh Sze Yee; Ketua Eksekutif NCIA, Encik Mohamad Haris Kader Sultan dan Pengarah STeP, Encik Mohamad Rozlan bin Mohamad Razalli.
Sementara itu, Encik Mohamad Haris Kader Sultan berkata, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri Perak bagi melaksanakan strategi yang akan meningkatkan daya tarikan kepada pelabur dari dalam dan luar negara.
Tambahnya lagi, NCIA juga akan terus memainkan peranan penting di Perak dalam melaksanakan program berteraskan Pendidikan dan Latihan Vokasional (TVET) dan sehingga kini seramai 5,333 peserta telah menjalani latihan kemahiran TVET sebagai persediaan memenuhi pasaran pekerjaan ketika ini.
Beliau berkata, dalam sektor pelancongan pula, NCIA telah membantu membangunkan semula Taman Eko Rimba Lata Kinjang dengan menaik taraf pelbagai kemudahan untuk pelancong.
Pihaknya juga turut bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menubuhkan Koperasi Orang Asli Lata Kinjang (KOALK) bagi menguruskan kawasan pelancongan berkenaan yang berupaya meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat.
Sejak dibuka pada 2022, Taman Eko Rimba Lata Kinjang telah berjaya menarik seramai lebih 110,000 pelancong dari dalam dan luar negara, sekali gus membantu KOALK menjana pendapatan sebanyak RM1.27 juta.
Sistem Direktori Kakitangan Pejabat SUK Perak | |
Klik Sistem Direktori Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk maklumat pengguna. Sistem ini disediakan di dalam versi BAHASA MELAYU SAHAJA. Untuk makluman sistem ini dapat dilayari melalui versi mozilla 8 dan IE8 ke atas sahaja. KLIK DISINI >> |
Senarai di bawah adalah Laporan Bilangan Transaksi Online yang digunakan oleh pengguna portal. Juga dilampirkan Pencapaian Piagam Pelanggan bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk rujukan.
Laporan Bilangan Transaksi Perkhidmatan Online | |
Pencapaian Piagam Pelanggan | |
Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan | |
Kajian Kepuasan Pekerja |
Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Beliau juga pernah berkhidmat di Bahagian Perumahan Awam sebagai Ketua Penolong Setiausaha, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) ialah sebagai Pegawai Daerah Muallim. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.
Beliau juga berkelulusan Ijazah Sarjana Informasi Global dan Telekomunikasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Bioteknologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ialah sebagai Datuk Bandar Ipoh. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) disandang oleh YBrs. Puan Halizah binti Sipun. Beliau berkelulusan B.E (Hons) Fakulti Ekonomi dan Pengkhususan Bidang Analisis Ekonomi (UKM), Diploma Pengurusan Awam (INTAN) dan Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) (UTM). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 26 Mac 1996 sebagai Penolong Setiausaha di Unit Ekonometrik, Bahagian Analisa Ekonomi dan Antarabangsa, Kementerian Kewangan Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa jabatan seperti SUB Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat SUK, Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Pengurusan Projek dan Penyelarasan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) ialah sebagai Pegawai Daerah dan Tanah Kinta. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Sila Klik Disini Senarai Data Terbit Keseluruhan Bagi Kerajaan Negeri Perak
Any complaint in the State of Perak must be through the channel provided here
We will reply all post within 5 working days. Thank you.
Click Here: e-Aduan Perak
Perak SUK Office Staff Directory System | |
Klik Perak State Secretary's Office Staff Directory System for user information. The system is available in version ENGLISH ONLY. For information this system can be browsed through mozilla 8 and IE8 versions and above only. CLICK HERE >> |
Please Click Here For The List Of Overall Published Data Of The Perak State Government.
The list below is the Online Transaction Number Report used by portal users. Also attached is the Client Charter Achievement for the Perak State Secretary's Office for reference.
Online Service Transaction Number Report | |
Client Charter Achievement | |
Customer Satisfaction Survey Report | |
Employee Satisfaction Survey |
Â