Kunjung Hormat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Ke SUK Perak

YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika menandatangani buku pelawat dan simbolik kepada sesi kunjung hormat beliau.
IPOH, 9 November 2023 - YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato' Haji Rosli bin Isa telah bersama delegasinya telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (PSUK) Negeri Perak.
Ketibaan beliau bersama delegasi telah disambut oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin serta YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin.
Sejurus disambut, delegasi diiring ke Bilik Gerakan Negeri bagi sesi perbincangan mengenai hal-hal berkaitan pembangunan di antara negeri Perak dan negeri Pulau Pinang yang telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim.
Selain menjadi medan pertukaran pandangan dan maklumat, sesi tersebut juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan dua hala di antara Kerajaan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Hadir sama, YBhg.Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan), Dato’ Nor Sham binti Rahman; YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan), Puan Halizah binti Sipun; YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Pembangunan), Dato' Mohd Zakuan bin Haji Zakaria; YBhg. Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak, Dato' Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip; YBhg. Pengurus Besar Lembaga Air Perak (LAP), Dato’ Haji Ishak bin Abd Rahman serta wakil-wakil jabatan dan agensi negeri Perak dan Pulau Pinang.
Sumber : Korporat, SUK Perak.