Majlis Angkat Sumpah Jawatankuasa Dewan Belia Negeri Perak Sesi 2023/2024
Para tetamu bergambar bersama
IPOH, 9 November 2023 - Encik Ahmad Saidi bin Mohamad Daud iaitu bekas YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Asli mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Dewan Belia Negeri Perak, hari ini.
Menurut YB Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri, Encik Khairudin bin Abu Hanipah, beliau yakin dengan pemilihan Encik Ahmad Saidi bin Mohamad Daud kerana beliau mempunyai pengalaman sebagai bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.
“Saya cukup yakin dan percaya dengan pengalaman beliau sebagai bekas ADUN dan juga bekas Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri. Sudah pasti beliau mampu melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi ini dengan sebaik mungkin dibantu oleh dua timbalan speaker,” jelasnya.
Beliau mengangkat sumpah tersebut di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak, YB Dato’ Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid dan YBrs. Setiausaha Dewan Negeri, Encik Muhammad Nazri bin Abdullah ketika Majlis Angkat Sumpah Jawatankuasa Dewan Belia Negeri Perak Sesi 2023/2024 di Bilik Sidang Media, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Turut mengangkat sumpah, Encik Mohd Adri Adha bin Mohamad yang dilantik sebagai Timbalan Speaker I Dewan Belia Negeri Perak; Presiden Majlis Belia Negeri Perak, Encik Muhammad Puhaz bin Salleh dilantik menjadi Timbalan Speaker II manakala Encik Wan Mohammad Afiq bin Wan Aris Fathillah dilantik menjadi Setiausaha Dewan Belia Negeri Perak.
Seterusnya, Cik Noor Azwan binti Mohd Taib dilantik sebagai Penolong Setiausaha I dan Cik Darwisyah Izzati Amira binti Mohd Yunus dilantik menjadi Penolong Setiausaha II Dewan Belia Negeri Perak.
Tambahnya lagi, tarikh bagi persidangan Dewan Belia Negeri Perak akan berlangsung pada 23 Disember sehingga 24 Disember 2023. Pembukaan Dewan akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.