YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof berkesempatan melawat pameran Perak Sejahtera 2030
IPOH, 29 Mac 2021- Kerajaan Negeri Perak telah melancarkan Roadmap Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030 yang dibangunkan oleh Institut Darul Ridzuan (IDR) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bagi menjadi pemandu arah jentera kerajaan dalam pembangunan negeri untuk tempoh 10 tahun akan datang.
YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani bin Mohamad berkata, roadmap pelan yang bersifat dinamik, realistik dan boleh capai itu merupakan kesinambungan kepada pelan-pelan pembangunan yang terdahulu serta mengambil kira pelan-pelan pembangunan jangka masa sederhana dan panjang yang lain di peringkat persekutuan dan negeri.
“Seperti contoh Rancangan Malaysia Ke-12, Northern Corridor Strategic Development Plan 2021-2025, Rancangan Struktur Negeri 2040, Kajian Pelan Perindustrian Perak dan lain-lain rancangan pembangunan yang relevan dengan negeri Perak.
“Roadmap bagi pembentukan pelan ini akan melibatkan empat fasa dan mengambil masa selama 12 bulan. Fasa pertama sudah pun selesai dijalankan pada 1 dan 4 Mac lalu yang meliputi bengkel libat urus untuk mengumpulkan input dan pandangan bagi pembentukan Visi, Misi, Teras Strategik dan Nilai Bersama,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya semasa Majlis Pelancaran Roadmap Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030 di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Hadir sama YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Tuan Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Dato’ Mohammad Zahir Bin Abdul Khalid serta barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (MMK)
Jelas YAB Dato’ Saarani bin Mohamad lagi, fasa kedua yang bermula Mac hingga Jun 2021 pula akan melibatkan pembangunan inisiatif strategik, program-program berkaitan pelan tindakan mengikut portfolio Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta pemetaan pelan-pelan pembangunan sedia ada untuk diselaraskan dengan pelan pembangunan Perak Sejahtera.
“Bagi fasa ketiga pula ia dijadualkan bermula pada bulan Julai hingga Oktober 2021 yang akan melibatkan perancangan program secara khusus mengikut daerah.
“Pelan Perak Sejahtera 2030 itu dijangka siap selepas memasuki fasa keempat yang bermula pada November 2021 hingga Februari 2022 beserta pelan pemantauan dan pelaksanaan,”katanya.
Dalam perkembangan sama, Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030 didukung dengan visi “Perak Makmur, Rakyat Sejahtera” yang mencerminkan manifestasi harapan rakyat yang inginkan kesejahteraan, keselamatan dan pembangunan.
Berpandukan misi “Memacu Pembangunan Sosioekonomi yang Mapan, Inklusif dan Dinamik”, pelan ini menggariskan lima Teras Strategik iaitu keseimbangan pembangunan fizikal dan sosioekonomi, kerjasama pintar, kelestarian penggunaan sumber dan alam semula jadi, sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap dan ambil peduli serta kepakaran berkualiti dan bernilai tinggi yang akan dipaksikan bersama lima nilai bersama iaitu jujur, bijaksana, prihatin, kebersamaan dan tegas.
Sistem Direktori Kakitangan Pejabat SUK Perak | |
Klik Sistem Direktori Kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk maklumat pengguna. Sistem ini disediakan di dalam versi BAHASA MELAYU SAHAJA. Untuk makluman sistem ini dapat dilayari melalui versi mozilla 8 dan IE8 ke atas sahaja. KLIK DISINI >> |
Senarai di bawah adalah Laporan Bilangan Transaksi Online yang digunakan oleh pengguna portal. Juga dilampirkan Pencapaian Piagam Pelanggan bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk rujukan.
Laporan Bilangan Transaksi Perkhidmatan Online | |
Pencapaian Piagam Pelanggan | |
Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan | |
Kajian Kepuasan Pekerja |
Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Beliau juga pernah berkhidmat di Bahagian Perumahan Awam sebagai Ketua Penolong Setiausaha, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) ialah sebagai Pegawai Daerah Muallim. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.
Beliau juga berkelulusan Ijazah Sarjana Informasi Global dan Telekomunikasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Bioteknologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ialah sebagai Datuk Bandar Ipoh. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) disandang oleh YBrs. Puan Halizah binti Sipun. Beliau berkelulusan B.E (Hons) Fakulti Ekonomi dan Pengkhususan Bidang Analisis Ekonomi (UKM), Diploma Pengurusan Awam (INTAN) dan Sarjana Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) (UTM). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 26 Mac 1996 sebagai Penolong Setiausaha di Unit Ekonometrik, Bahagian Analisa Ekonomi dan Antarabangsa, Kementerian Kewangan Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa jabatan seperti SUB Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat SUK, Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Pengurusan Projek dan Penyelarasan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik ke Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) ialah sebagai Pegawai Daerah dan Tanah Kinta. Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Sila Klik Disini Senarai Data Terbit Keseluruhan Bagi Kerajaan Negeri Perak
Any complaint in the State of Perak must be through the channel provided here
We will reply all post within 5 working days. Thank you.
Click Here: e-Aduan Perak
Perak SUK Office Staff Directory System | |
Klik Perak State Secretary's Office Staff Directory System for user information. The system is available in version ENGLISH ONLY. For information this system can be browsed through mozilla 8 and IE8 versions and above only. CLICK HERE >> |
Please Click Here For The List Of Overall Published Data Of The Perak State Government.
The list below is the Online Transaction Number Report used by portal users. Also attached is the Client Charter Achievement for the Perak State Secretary's Office for reference.
Online Service Transaction Number Report | |
Client Charter Achievement | |
Customer Satisfaction Survey Report | |
Employee Satisfaction Survey |
Â