Program Retreat Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Tahun 2024.
Program Retreat Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Tahun 2024 bersama YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim di Hotel The Westin.
KUALA LUMPUR, 21 Februari 2024- Seramai 52 orang pegawai gred 41 keatas dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak telah menghadiri Program Retreat Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Tahun 2024 bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim di Hotel The Westin.
Retreat ini diadakan bertujuan untuk merancang secara komprehensif penambahbaikan tugas dan sasaran kerja supaya lebih efektif serta menetapkan hala tuju jabatan seiring dengan keperluan Pelan Perak Sejahtera 2030.
Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman; YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Puan Halizah binti Sipun dan ketua-ketua jabatan di SUK Perak.
Program ini diadakan selama dua hari bermula 20 Februari sehingga 21 Februari 2024.
Turut berlangsung sesi pembentangan daripada sembilan bahagian dan unit di SUK Perak antaranya Unit Perancang Ekonomi (UPEN), Bahagian Dewan Negeri dan MMK, Bahagian Korporat, Bahagian Pengurusan Maklumat, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Unit Integriti, Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat YAB Menteri Besar dan Bahagian Audit Dalam.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.