Majlis Penganugerahan Pangkat (KEHORMAT) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad menerima pengiktirafan sebagai Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat).
IPOH, 20 Mac 2024 - YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani bin Mohamad telah dianugerahkan sebagai Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat).
Penganugerahan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad ketika Majlis Penganugerahan Pangkat (Kehormat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Selain itu, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin dan YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Puan Sandrea Ng Shy Ching turut menerima anugerah sebagai Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat).
Delegasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia turut berkesempatan mengadakan kunjungan hormat di pejabat YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad bagi membincangkan isu-isu berkaitan dan hal ehwal semasa.
Sumber : Korporat, SUK Perak.