DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan Berkenan Berbuka Puasa Bersama Rakyat Manjung.

DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan ketika menandatangani buku pelawat Masjid Ar-Raudhah
MANJUNG, 20 Mac 2024 - DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Daerah Manjung di Masjid Ar-Raudhah, Kampung Tersusun Batu 7, Lekir, di sini.
Hadir sama, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin; YDH. Orang Besar Jajahan Manjung, Toh Seri Bijaya Lt. Kol (B) Dato' Shaharudin bin Haji Nazari; YB Ahli Parlimen Lumut, Komander (B) Nordin bin Ahmad Ismail; YB Ahli Dewan Negeri Pasir Panjang, Encik Rosli bin Abdul Rahman; YBrs. Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk), S.F Tuan Haji Harith Fadzilah bin Haji Abdul Halim serta ketua-ketua jabatan dan agensi.
Pada majlis tersebut, DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan berkenan berbuka puasa bersama lebih 300 orang penduduk setempat sebelum menunaikan solat Maghrib secara jemaah.
Baginda seterusnya berkenan berangkat ke majlis santapan, diikuti dengan solat Isyak, solat Terawih dan moreh.
Dalam perkembangan sama, Daerah Manjung merupakan daerah pertama bagi jelajah DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan bagi program berbuka bersama rakyat sempena bulan Ramadan 2024.
Sumber : Korporat, SUK Perak.