DYAM Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan Berkenan Berangkat Ke Majlis Berbuka Puasa Daerah Kampar.
DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan ketika Majlis Berbuka Puasa Daerah Kampar.
KAMPAR, 26 Mac 2024 - DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Daerah Kampar di Masjid Al-Jauhariah, Kuala Dipang, di sini.
Keberangkatan tiba baginda pada majlis tersebut telah disambut oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen. Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara) serta YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim.
Hadir sama, YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri; Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin; YB Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri, Tuan Azlan Helmi bin Helmi; YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Puan Sandrea Ng Shy Ching; YDH Orang Besar Jajahan Kampar, Toh Sedewa Raja Dato' Abdul Talib bin Abd. Fahmi; YBrs. Pegawai Daerah Kampar, Encik Nazrul Fazami bin Mohamad; YBrs. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), SF Tuan Haji Harith Fadzilah bin Abdul Halim serta ketua-ketua jabatan dan agensi.
Pada majlis tersebut, DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan berkenan berbuka puasa bersama jemaah yang hadir dan menunaikan solat Maghrib sebelum berkenan berangkat ke majlis santapan, diikuti dengan solat Isyak serta solat Tarawih.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.