DYAM Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan Berkenan Berangkat Ke Majlis Berbuka Puasa Daerah Bagan Datuk.
DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan ketika menunaikan solat Maghrib berjemaah
BAGAN DATUK, 29 Mac 2024 - DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Daerah Bagan Datuk di Masjid Tuminah Hamidi di sini.
Keberangkatan tiba baginda pada majlis tersebut telah disambut oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi dan YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad;
Hadir sama, Yang DiPertua Dewan Negeri, YB Dato' Mohd Zahir bin Abdul Khalid; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri; Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin; YB Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Rungkup, Dato' Shahrul Zaman bin Yahya; YDH Orang Besar Jajahan Bagan Datuk, Toh Seri Lela Paduka. Dato' Dr Khalid Bin Ismail; YBrs. Pegawai Daerah Bagan Datuk, Encik Muhamad Ghopran bin Yeop Hamzah; YBrs. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), SF Tuan Haji Harith Fadzilah bin Abdul Halim serta ketua-ketua jabatan dan agensi.
Pada majlis tersebut, DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan berkenan berbuka puasa bersama jemaah yang hadir dan menunaikan solat Maghrib sebelum berkenan berangkat ke majlis santapan, diikuti dengan solat Isyak serta solat Tarawih.
Dalam perkembangan sama, Masjid Tuminah Hamidi telah dibina pada tahun 2017 dengan kapasiti 5,000 jemaah dan merupakan salah satu mercu tanda dan tarikan di Daerah Bagan Datuk yang sering menjadi tumpuan orang ramai oleh kerana keunikan seni bangunannya.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.