Skip to main content

SUK Perak Terima Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2023.

YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman mewakili SUK Perak terima Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2023 [ Lima Bintang (Cemerlang)]

PUTRAJAYA, 28 Mei 2024 - YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato’ Nor Sham binti Rahman telah mewakili Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (PSUK Perak) menerima Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2023 dengan penarafan lima bintang bagi kategori Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), YBhg. Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz sempena Majlis Konvensyen Keselamatan Perlindungan Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang telah diadakan di Dewan Damar Sari 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Dalam majlis ini, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah menjadi salah satu daripada enam jabatan yang menerima pengiktirafan dan penghargaan tertinggi melalui Anugerah Perdana Keselamatan Perlindungan dan turut menerima pengiktirafan lima bintang Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan.

Selain PSUK Perak dan MPM, turut menerima pengiktirafan lima bintang adalah Majlis Daerah Selama – kategori pihak berkuasa tempatan; Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Perak - kategori Badan Berkanun serta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Perak dan Institut Tanah dan ukur Negara (INSTUN) bagi kategori Jabatan Persekutuan Peringkat Negeri.

Manakala, Pejabat Daerah dan Tanah Muallim telah menerima pengiktirafan empat bintang bagi kategori Pejabat Daerah dan Tanah.

Turut sama mengiringi penyampaian anugerah, Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan, YBhg. Dato’ Rahimi bin Ismail.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.