Skip to main content

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Berkenan Rasmi Masjid Abdul Rahman Auf, Takbir Raya.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan berangkat Masjid Abdul Rahman Auf.

IPOH, 16 Jun 2024 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan merasmikan Masjid Abdul Rahman Auf, Taman Rapat Koperasi, di sini.

Keberangkatan tiba baginda telah disambut oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani bin Mohamad.

Hadir sama, YTM Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan, Raja Dato' Seri Ahmad Nazim Azlan Shah bin Raja Ashman Shah; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen. Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara); Yang Di-Pertua Dewan Negeri, YB Dato' Mohd Zahir bin Dato' Abdul Khalid; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin; YABhg. Mufti Negeri Perak, SS Dato' Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh; YBhg. Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja Dato' Ab Wahab bin Dato' Seri Azizul Hassan, Orang Besar Jajahan Kinta; Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar bin Zaini serta ketua-ketua jabatan dan agensi.

Seusai tiba, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan menyempurnakan simbolik dengan menarik tirai plak perasmian.

Baginda kemudian berkenan menyertai takbir raya bersempena Hari Raya Aidiladha dan solat Isyak bersama para jemaah yang hadir sebelum berangkat pulang.

Dalam perkembangan sama, Masjid Abdul Rahman Auf telah siap dibina pada 1 April 2017 dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta mampu memuatkan seramai 700 jemaah.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 27 November 2025, 04:19:41.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.