Skip to main content

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Berkenan Berangkat Ke Majlis Perasmian Klinik Kesihatan Kuala Kangsar.

Baginda berkenan menandatangani plak sebagai simbolik perasmian klinik berkenaan.

KUALA KANGSAR, 25 Jun 2024 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Perasmian Klinik Kesihatan Kuala Kangsar di pekarangan klinik kesihatan tersebut.

Turut berkenan berangkat, DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim; DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa; DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Nazhatul Shima binti Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah; DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah dan YTM Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Iskandar bin Raja Ziran.

Hadir sama, YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani bin Mohamad dan isteri, YABhg. Datin Seri Aezer binti Zubin; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen. Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara) dan isteri, YABhg. Toh Puan Datin Seri Diraja Puan Sri Hajah Rasiah binti Mohd. Nor; Yang Di-Pertua Dewan Negeri Perak, YB Dato’ Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid dan isteri YBhg. Datin Aznee binti Abu Samah; YB Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin; YB Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India, Encik Sivanesan A/L Achalingam; barisan YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; YB Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak, YBrs. Dr. Feisul Idzwan bin Mustapha.

Dalam sembah ucapan YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad, beliau berkata bangunan ini telah dibina menerusi Rancangan Malaysia ke-11 dengan kos keseluruhan sebanyak RM20.75 juta.

“Klinik ini meliputi mukim Kota Lama Kiri, Kota Lama Kanan, Sayong dan Senggang dengan anggaran populasi 60,000 orang. Ia menyediakan perkhidmatan pesakit luar dan kecemasan, kaunseling oleh Pegawai Psikologi, Makmal Perubatan, Farmasi serta perkhidmatan X-Ray dan Rehabilitasi.

“Selain itu, yang utama adalah perkhidmatan penjagaan kesihatan ibu dan kanak-kanak, saringan kesihatan termasuklah kesihatan PeKa B40 dan Inisiatif Saringan Kesihatan Nasional (NHSI) serta Pasukan Kesihatan Sekolah dan Pasukan Penjagaan Domisiliari,” jelasnya.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Rabu 14 Mei 2025, 00:57:00.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.