Skip to main content

Majlis Pelancaran Program KESEDAR Trim And Fit Perak Sejahtera 2030.

YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad menyempurnakan gimik perasmian.

IPOH, 7 Ogos 2024 – YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad hadir merasmikan Majlis Pelancaran Program Kelab Seri Perak Darul Ridzuan (KESEDAR) Trim and Fit Perak Sejahtera 2030 di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Ketibaan beliau diiringi oleh Yang Dipertua KESEDAR, YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin; barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman merangkap Naib Yang Dipertua KESEDAR.

Hadir sama, YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Puan Halizah binti Sipun dan YBrs. Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak, Encik Haji Mazlan bin Mohamad.

Program kerjasama KESEDAR serta Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak ini merupakan intervensi kesihatan dan pengurusan berat badan yang dilaksanakan di tempat kerja selama lapan minggu bermula 7 Ogos 2024 sehingga 2 Oktober 2024.

Ia melibatkan empat kategori iaitu lelaki bawah 40 tahun, lelaki 40 tahun ke atas, wanita bawah 40 tahun dan wanita 40 tahun ke atas.

Menariknya, peserta terbaik yang berjaya menurunkan berat badan bagi setiap kategori tersebut akan membawa pulang hadiah wang tunai bagi menaikkan lagi semangat untuk mengamalkan gaya hidup sihat di samping dapat menghasilkan pekerja yang aktif dan produktif.

Tempat pertama akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 dan tempat kedua akan membawa pulang RM2,000 manakala tempat ketiga akan membawa pulang RM1,000.

Terdahulu, turut berlangsung pengisian taklimat bermula jam 9.30 pagi oleh Pegawai Sains Pemakanan JKN Perak, Puan Nursyakirah binti Ahmad Kamil bertajuk “Eat to Fit”. Seterusnya, taklimat oleh Pakar Pemakanan Sukan MSN Perak, Puan Habibah binti Baharuddin bertajuk “Makan Seperti Atlit”

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 22 Mei 2025, 09:50:19.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.