Skip to main content

Kunjungan Hormat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pertemuan kali ini fokus kepada perbincangan mengenai cadangan pembekalan air terawat dari negeri Perak ke Pulau Pinang memandangkan isu ini adalah kepentingan bersama.

GEORGETOWN, 9 Ogos 2024- YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim telah mengetuai delegasi Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak ke SUK Pulau Pinang di Komtar, Pulau Pinang.

Turut sama mengiringi beliau adalah YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin; YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan), Puan Halizah binti Sipun; YBhg. Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak, Dato' Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip; Pengurus Besar Lembaga Air Perak (LAP), Ir. Lokman bin Abd Rahim; Timbalan Pengarah Sektoral 2, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Puan Intan Shafini binti Mustafa serta Penolong Pengarah Sumber Asli, Alam Sekitar dan Air, UPEN, Encik Surendran Nair a/l Chandrum.

Ketibaan delegasi SUK Perak telah disambut oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato' Seri Haji Rosli bin Isa; YB Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang, Dato' Roslinda binti Mohd Shafie dan Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang, Dr. Faizal bin Kamarudin.

Kunjungan hormat tersebut adalah susulan pertemuan kedua-dua pihak pada 9 November 2023 di SUK Perak.

Pertemuan kali ini fokus kepada perbincangan mengenai cadangan pembekalan air terawat dari negeri Perak ke Pulau Pinang memandangkan isu ini adalah kepentingan bersama.

Kerjasama ini diharapkan dapat menyelesaikan segera keperluan kritikal di kawasan utara Perak dan lebihan tersebut seterusnya disalurkan ke negeri Pulau Pinang.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 22 Mei 2025, 09:50:19.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.