Skip to main content

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Berkenan Berangkat Ke Majlis Anugerah Kecemerlangan MCKK.

Baginda berkenan menyempurnakan sesi penganugerahan kepada pelajar cemerlang.

KUALA KANGSAR, 10 Ogos 2024 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di Auditorium Tun Abdul Razak.

Di majlis berkenaan, baginda berkenan menyempurnakan penganugerahan kecemerlangan kepada 145 orang pelajar.

Hadir sama, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad; Yang DiPertua Dewan Negeri, YB Dato' Mohammad Zahir bin Abdul Khalid; YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin; YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri, Encik Khairudin bin Abu Hanipah dan Pengetua MCKK, Encik Mohd Shahadan bin Abd Rahman.

Bagi Anugerah Khas Ahli Lembaga Pengelola adalah Allahyarham YABhg. Tun Dato' Seri Diraja Mohammed Hanif bin Omar.

Dilahirkan di Teluk Anson (kini dikenali Teluk Intan), beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Anglo-Chinese (ACS), kemudian melanjutkan pelajarannya di MCKK dan mencapai pelbagai kecemerlangan.

Allahyarham telah dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974 selama 20 tahun sebelum bersara pada 16 Jan 1994.

Beliau telah  menghembuskan nafas terakhir pada 20 April 2024 akibat sakit buah pinggang di kediamannya, Shah Alam.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 22 Mei 2025, 09:50:19.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.