Skip to main content

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023.

YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim menerima cenderamata daripada YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi

IPOH, 12 Ogos 2024 - Ketua Audit Negara, YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Seramai 76 orang telah menghadiri mesyuarat tersebut antaranya YB Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin; YBrs. Pengarah Audit Kewangan III, Encik Mohd Fisul bin Ismail; Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak, YBhg. Dato' Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip; YBrs. Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perak, Ir. Suhaizad binti Sulaiman serta pegawai-pegawai daerah di seluruh Perak.

Mesyuarat ini bertujuan untuk mendapatkan pengiktirafan sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perak bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 melalui pengauditan bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 yang lalu.

Penyata kewangan tersebut merangkumi Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2023 Kerajaan Negeri Perak dan Penyata Penerimaan dan Pembayaran Wang Tunai, Penyata Prestasi Kewangan serta Penyata Akaun Memorandum bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut dan nota kepada penyata kewangan termasuklah ringkasan polisi perakaunan yang signifikan.

Penyata kewangan ini memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Perak pada 31 Disember 2023 dan prestasi kewangan serta aliran tunai bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut selaras dengan Akta Tatacara Kewangan 1957, Piawaian Perakaunan Kerajaan Malaysia dan International Public Sector Accounting Standard (Financial Reporting under the Cash Basis of Accounting).

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 27 November 2025, 04:19:41.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.