Sesi Kunjungan Hormat Hormat Pegawai BHEUU, Jpm Bersama Psuk Perak.

YBrs. Pengarah Seksyen Dasar dan Penyelidikan BHEUU, JPM bersama delegasinya ketika kunjungan hormat ke PSUK Perak
IPOH, 2 September 2024 - YBrs. Pengarah Seksyen Dasar dan Penyelidikan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Encik Kevin Geh Kien Meng bersama delegasinya telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK) Perak.
Ketibaan beliau telah disambut oleh YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ Nor Sham binti Rahman; YBrs. Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Encik Azraie bin Harun; YBrs. Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Cik Nuruljaswa binti Abd. Hamid dan YBrs. Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (KPSU), Bahagian Korporat, Puan Anita binti Amri.
Hadir sama, YBrs. Ketua Penolong Pengarah Seksyen Dasar dan Penyelidikan BHEUU, Dr. Faiza binti Iskak dan YBrs. Pegawai Tadbir Sekyen Dasar dan Penyelidikan BHEUU, Cik Faezah binti Musstapa.
Sesi kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk membincangkan mengenai Sesi Libat Urus (SLU) Holistik Bagi Menentukan Mekanisme Penubuhan Ombudsman Malaysia Zon Utara.
Sesi Libat Urus (SLU) Holistik Bagi Menentukan Mekanisme Penubuhan Ombudsman Malaysia Zon Utara itu akan melibatkan negeri Kedah, Perlis, Penang dan Perak selaku tuan rumah.
Dalam perkembangan sama, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Jun 2024 bersetuju supaya Sesi libat urus (SLU) holistik dilaksanakan oleh BHEUU JPM dengan kerjasama Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri (BPA JPM) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dalam tempoh tiga bulan bagi menentukan mekanisme penubuhan dan pelaksanaan Ombudsman Malaysia.
Sumber : Korporat, SUK Perak.