Mesyuarat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Bersama Pegawai Daerah

Hadir sama, YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman
MUALLIM, 6 September 2024 - YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim telah mempengerusikan Mesyuarat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Bersama Pegawai Daerah (SSDO) Bilangan 3/2024 di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Muallim.
Mesyuarat yang bermula pada jam 9.30 pagi itu disertai oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak, YBhg. Dato' Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip dan pegawai-pegawai daerah di seluruh negeri Perak.
Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan mengenai daerah Muallim serta laporan perbelanjaan pembangunan daerah.
Selain itu, ia bertujuan untuk memberi fokus dalam pencapaian hasil negeri dan matlamat serta hala tuju negeri Perak dalam pelaksanaan Program Perak Sejahtera 2030.
Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak, Puan Nuruljaswa binti Abd Hamid.
Sumber : Korporat, SUK Perak.