Skip to main content

Malam Taqqarub Bersama Anak Muda Sempena KAMU 2024

YAB Menteri Besar Perak sempat beramah mesra bersama anak muda yang hadir

IPOH, 6 September 2024 - YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani bin Mohamad bersama 5,000 umat Islam menghadiri Malam Taqqarub Bersama Anak Muda sempena Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) 2024 di perkarangan Stadium Indera Mulia, di sini.

Majlis dimulakan dengan solat Isyak secara berjemaah yang dipimpin oleh AF Ustaz Muhd Aiman Amin bin Ramlan, disusuli dengan program selawat dan qasidah oleh Kumpulan Majelis Rasulullah.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan Forum Perdana bertajuk “Cabaran Anak Muda Masa Kini: Apa Hala Tuju Mereka?”

Forum perdana itu telah dikendalikan oleh YBrs. Ustaz Zahrullail Sarkawi dari Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) selaku moderator, dengan panel jemputan pendakwah bebas, Mohd Zainudin bin Mohamed Zaini atau lebih dikenali sebagai PU Yeop, serta Megat Mohd Zaid bin Megat Azamuddin atau Imam Muda Megat.

Majlis turut diwarnai dengan kehadiran belia dan pelajar-pelajar tahfiz dari Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Addin, Maahad Tahfiz Al Khalidiah dan Maahad Tahfiz Insitut Tadbiran Islam Perak (INTIM).

Hadir sama YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin, YB Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri, Encik Khairudin bin Abu Hanipah, YBrs. Setiausaha Polittik kepada YAB Menteri Besar Perak, Encik Mohamad Hamidi bin Baharuddin merangkap Pengarah Program KAMU 2024 serta ketua-ketua jabatan dan agensi.

Dalam perkembangan sama, KAMU 2024 berlangsung selama tiga hari bermula 6 September di Stadium Indera Mulia, di sini.

Ini merupakan tahun ketiga penganjuran KAMU dan sudah pasti tahun ini akan lebih menarik dengan pelbagai acara telah disusun antaranya, Malam Taqqarub, Karnival Kerjaya Perak Sejahtera, KAMU Fun Run, festival sukan, e-sport, pameran dan demonstrasi, battle of the bands, konsert, jualan serta banyak lagi.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 22 Mei 2025, 09:50:19.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.