Skip to main content

Majlis Kesyukuran Dan Doa Selamat Sempena Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan berkenan berangkat ke Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat bersempena Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

IPOH, 1 November 2024 -Kira- kira 3,000 orang jemaah hadir ke Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat bersempena Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah di Masjid Sultan Azlan Shah, di sini.

Berkenan berangkat DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa dan DYAM Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.

Hadir sama, YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani bin Mohamad; YTM Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan,Raja Dato’ Seri Iskandar bin Raja Ziran @ Raja Zaid; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen. Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara); YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; YBhg. Orang Besar Jajahan Kinta, Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja Dato’ Ab. Wahab bin Dato’ Seri Azizul Hassan serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Majlis dimulakan dengan majlis bacaan Surah Yassin dan Doa Selamat dan disusuli dengan Solat Jumaat yang dipimpin Imam Besar Masjid Sultan Azlan Shah, AF Ustaz Syed Mohd Muzaffar bin Syed Azlan.

Terdahulu, beliau telah menyampaikan Khutbah Jumaat yang bertajuk 'Raja Adil Negara Stabil'.

Dalam khutbah jumaat yang dibacakan oleh AF Ustaz Syed Mohd Muzaffar bin Syed Azlan berkata, rakyat wajib taat kepada raja pemerintah yang adil demi memastikan kestabilan negeri dan kerukunan masyarakat.

Ia kerana institusi beraja merupakan tonggak kestabilan yang perlu dipertahankan dan berperanan sebagai payung negeri serta negara yang menjunjung amanah bagi menyempurnakan tanggungjawab dalam Perlembagaan Negara serta Undang-undang Tubuh negeri.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 22 Mei 2025, 09:50:19.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.