Skip to main content

Perak Sejahtera 2030 : State Leadership Retreat 2025.

Para tetamu bergambar bersama.

DESARU, 13 Februari 2025 – Kerajaan Negeri Perak melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dengan kerjasama Institut Darul Ridzuan (IDR) telah menganjurkan Perak Sejahtera 2030 : State Leadership Retreat 2025 (SLR 2025) di Desaru Coast Conference Centre, Desaru, Johor bermula 12 Februari hingga 14 Februari 2025.

Persidangan ini menghimpunkan kepimpinan tertinggi di peringkat jabatan, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menerajui gerak kerja Perak Sejahtera 2030.

Perbincangan dalam persidangan ini amat penting bagi mendapatkan perspektif pembuat dasar sebelum Kajian Separuh Penggal Perak Sejahtera 2030 bergerak ke fasa selanjutnya.

Persidangan ini dimulakan dengan sesi pertama iaitu perbincangan kumpulan: analisis pencapaian tiga tahun Perak Sejahtera 2030 manakala sesi kedua adalah penilaian persepsi pelaksana dasar Perak Sejahtera 2030.

Diakhiri dengan sesi penggulungan dan interaktif bersama kepimpinan tertinggi.

Hadir sama, YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak; YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YB Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YB Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; ketua-ketua jabatan dan badan berkanun negeri Perak.

Program ini telah diadakan sejak tahun 2022 bermula di negeri Sarawak seterusnya negeri Sabah dan negeri Johor merupakan penganjuran destinasi ketiga State Leadership Retreat.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.