Skip to main content

Kunjungan Hormat YB Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Ke Atas Yab MB Perak.

YB Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ketika sesi kunjung hormat ke atas YAB Menteri Besar Perak.

IPOH, 20 Februari 2025 - YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak di Pejabat Menteri Besar, Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan sektor pertanian dan keterjaminan makanan di negeri Perak, serta memperkukuhkan kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan dalam usaha meningkatkan produktiviti dan keselamatan makanan negara.

Selain itu, pertemuan ini juga membuka ruang untuk bertukar pandangan dan merangka strategi yang lebih holistik dalam menangani cabaran serta peluang yang wujud dalam sektor pertanian negeri.

Diharapkan melalui hasil pertemuan tersebut, satu bentuk kerjasama yang lebih kukuh dan berterusan dapat terjalin antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan dalam usaha memperkasakan sektor pertanian serta memastikan keterjaminan makanan di negeri Perak berada pada tahap terbaik.

Bersama sinergi yang mantap antara kedua-dua pihak, ia mampu mendorong pembangunan infrastruktur pertanian yang lebih moden, memperluaskan penggunaan teknologi pintar dalam bidang pertanian, serta mewujudkan peluang baharu kepada para petani, peladang, dan penternak.

Hadir sama pada sesi tersebut, YB Dato' Mohd Zolkafly bin Harun, Pengerusi Jawatankuasa

Pembangunan Luar Bandar, Perladangan,

Pertanian dan Industri Makanan; YBrs. Puan Halizah binti Sipun, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan); YBrs. Cik Aida Hazlyn binti Hassan, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Perak; wakil-wakil Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.