Skip to main content

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Perak Sejahtera 2030.

YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Perak Sejahtera 2030 bil. 1/2025

IPOH, 20 Februari 2025 - YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Perak Sejahtera 2030 bil. 1/2025 di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Mesyuarat yang bermula pada jam 2.30 petang itu disertai oleh YBhg. Dato' Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan); Puan Haslinda binti Alias, Timbalan Pengarah Kanan, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Puan Aida Hazlyn binti Hassan, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Perak.

Hadir sama, pegawai-pegawai daerah serta ketua-ketua jabatan negeri dan agensi.

Mesyuarat dimulakan dengan perutusan pengerusi mesyuarat, YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim diikuti dengan pengesahan dan laporan maklum balas minit mesyuarat Jawatankuasa Kerja Perak Sejahtera 2030 bil.1/2024.

Mesyuarat ini bertujuan untuk fokus dalam perancangan pasca State Leadership Retreat 2025 dan Kajian Separuh Penggal Perak Sejahtera 2030, taklimat pembentangan program utama Perak Sejahtera 2030, taklimat pembentangan Hala Tuju Ekonomi Biru dan Pelan Tindakan Ekonomi Digital 2030.

Hasil perbincangan mesyuarat ini akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Perak Sejahtera 2030 dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Perak.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 27 November 2025, 04:19:41.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.