Skip to main content

Kunjungan Hormat Pengarah Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia Negeri Perak Ke Atas YB SUK Perak.

Hadir sama, Sr Julia binti Mohd Zawawi_ Sr Muhammad Ikeram bin Mohd Dan dan Encik Zuraini bin Zamzuri

IPOH, 4 Mac 2025 - Sr Mohamed Sofian bin Abu Talib, Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Perak bersama delegasinya telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Ketibaan beliau telah disambut oleh YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Hadir sama, Sr Julia binti Mohd Zawawi, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan II; Sr Muhammad Ikeram bin Mohd Dan, Penolong Pengarah Ukur (Seksyen Penerbitan Peta Kadaster) dan Encik Zuraini bin Zamzuri, Penolong Juruukur.

Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu yang membabitkan hubungan dua hala dan perancangan bagi memperkukuhkan hubungan kerjasama di masa hadapan.

 

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.