Kunjungan Hormat Pengarah Tabung Haji Negeri Perak Ke Atas YB SUK Perak.

Fokus utama adalah memastikan setiap inisiatif dan usahasama yang dirancang membawa manfaat dan kesejahteraan kepada negeri Perak.
IPOH, 4 Mac 2025 - Puan Hajah Maznizan binti Mamat, Pengarah Tabung Haji Negeri Perak bersama delegasinya telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Ketibaan beliau telah disambut oleh YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Hadir sama, Haji Muhammad Fitri bin Mohd Khalil, Ketua Pemasaran dan Haji Mohamad Fauzi bin Muniran, Pengurus Tabung Haji Cawangan Kuala Kangsar.
Pertemuan ini menjadi medan perbincangan yang bermakna bagi mengukuhkan kerjasama antara Tabung Haji Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak.
Fokus utama adalah memastikan setiap inisiatif dan usahasama yang dirancang membawa manfaat dan kesejahteraan kepada negeri Perak.
Sumber : Korporat, SUK Perak.