Skip to main content

Lawatan Kerja YB SUK Ke Orang Asli One Stop Centre, Bawong.

Hadir sama, YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman_ YBhg. Dato' Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip dan Encik Hairulnizam bin Abd Rahman

SUNGAI SIPUT, 7 Mac 2025 - YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah mengadakan lawatan kerja ke Orang Asli One Stop Centre (OAOSC), Bawong, di sini.

Lawatan kerja ini bertujuan bagi meninjau perkembangan projek pembangunan serta pelbagai inisiatif terkini di kawasan tersebut.

Lawatan ini turut memberi peluang kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Perak dan Kedah serta Kerajaan Negeri Perak untuk mendapatkan maklum balas secara langsung berkenaan perancangan masa hadapan bagi memperkukuhkan pembangunan di kawasan Orang Asli, di sini.

Hadir sama, YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan); YBhg. Dato' Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak; Encik Hairulnizam bin Abd Rahman, Pengarah JAKOA Negeri Perak dan Kedah; Encik Mohd Shukhairi bin Mohd Ibrahim, Penolong Pengarah, Unit Data dan Operasi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Pejabat Pembangunan Negeri Perak; Encik Mohd Azraie bin Harun, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM); Puan Nurul Jaswa binti Abd Hamid, Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP); Encik Muhammad Nazri bin Abdullah, Pegawai Daerah Kuala Kangsar; Puan Anita binti Amri, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Korporat; Encik Nor Shamsul bin Mustafa Kamal, Penghulu Kanan Tertinggi Daerah Kuala Kangsar.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.