Skip to main content

Majlis Iftar YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Bersama Ahli KESEDAR Dan Keluarga 2025.

YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim menyatuni tetamu yang hadir.

IPOH, 7 Mac 2025 – Seramai 1020 orang hadir ke Majlis Iftar YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Bersama Ahli-Ahli Kelab Seri Perak Darul Ridzuan (KESEDAR) dan Keluarga 2025 yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Tetamu yang hadir adalah daripada kakitangan dan ahli keluarga Pejabat Setiausaha Kerajaan (PSUK) Negeri Perak, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP), Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak serta Muzium Darul Ridzuan.

Majlis yang diadakan sekitar jam 6.30 petang itu dimulakan dengan kehadiran YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak merangkap Yang Dipertua KESEDAR diiringi oleh YBhg. Dato' Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) merangkap Naib Yang Dipertua KESEDAR.

Majlis tersebut turut diberkati dengan tazkirah ringkas oleh Ustaz Suhaimi bin Latip, guru Sekolah Maahad Al-Ummah, Ulu Chepor serta alunan tahlil dan doa.

Tujuan utama majlis ini dianjurkan setiap tahun adalah untuk meraikan ahli KESEDAR dan keluarga selain mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Hadir sama, YB Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri; YB Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri dan Puan Hajah Halizah binti Sipun, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) dan ketua-ketua jabatan.

Dalam majlis berkenaan, YB Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim turut meluangkan masa untuk menyampaikan sumbangan duit raya khusus kepada anak-anak ahli KESEDAR.

Majlis turut dimeriahkan dengan telatah anak-anak KESEDAR yang menghiburkan tetamu yang hadir.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Isnin 23 Jun 2025, 09:05:57.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.