Skip to main content

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Berkenan Terima Zakat Perniagaan Lebih RM 3.06 Juta.

Kesemua penyerahan zakat tersebut akan diuruskan oleh MAIPk

KUALA KANGSAR, 8 Mac 2025 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan menerima zakat perniagaan daripada empat buah syarikat korporat berjumlah RM3,064,237.08 juta.

Sesi penyerahan itu didahului oleh syarikat BELATI yang diwakili oleh Encik Mohamad Akmal bin Dato' Johari, Pengarahnya dengan bayaran berjumlah RM885,000 disusuli oleh Johawaki Plantation Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Encik Anizam bin Bakar, Ketua Pegawai Operasi berjumlah RM290,000.

Dalam majlis yang sama, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak turut menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM1,089,237.08 yang diwakili oleh Encik Mohd Azhar bin Mohd Yusof, pemangku Ketua Pegawai Eksekutif.

Terakhir adalah Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sebanyak RM800,000 yang diwakili oleh Encik Zulkefli bin Abdullah, pemangku Ketua Pegawai Eksekutif.

Semua penyerahan zakat perniagaan tersebut disempurnakan sempena Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Majlis Mesyuarat Negeri, Orang Besar Negeri, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Negeri serta Ketua Jabatan Negeri Perak di Istana Iskandariah, di sini.

Berangkat sama, DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim DYTM; Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa; DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah; DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Tunku Soraya binti Almarhum Sultan Abdul Halim; YTM Raja Kecil Sulong Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Ahmad Nazim Azlan Shah bin Raja Ashman Shah dan YTM Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Iskandar bin Raja Ziran @ Raja Zaid.

Hadir sama, YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak dan isteri, YABhg. Datin Seri Aezer binti Zubin; YABhg. Jen. Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara), Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja dan isteri, YABhg. Toh Puan Datin Seri Diraja Puan Sri Hajah Rasiah binti Md. Nor; YB Dato' Mohammad Zahir bin Dato' Abdul Khalid, Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak; YB Senator Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi; YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri dan isteri, YBhg. Datin Che Fauziah binti Ahmad.

Turut hadir, YB Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar bin Zaini, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk); Orang Besar-Orang Besar Negeri Perak serta ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri.

Terdahulu, baginda turut berkenan menunaikan pembayaran zakat fitrah kepada Encik Ahmad Nazim bin Md. Tajuri, Pengurus Besar SBU Pungutan Zakat dan Wakaf MAIPk.

FaLang translation system by Faboba
  • Hakmilik © 2020 Kerajaan Negeri Perak. Kemaskini Terakhir : Khamis 27 November 2025, 04:19:41.
Paparan Terbaik: 1600 x 900 Piksel melalui Mozilla Firefox dengan resolusi SUSUN ATUR RESPONSIF.