Kunjungan Hormat Pengarah Mara Negeri Perak Ke Atas YB SUK Perak.
YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim bergambar bersama delegasi yang hadir.
IPOH, 12 Mac 2025 – YBrs. Puan Yuhaniz binti Mohamad Padil, Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Perak bersama delegasinya telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Sesi kunjungan hormat yang berlangsung di Pejabat Setiausaha Kerajaan (PSUK) Negeri Perak itu bertujuan untuk mengadakan perbincangan dua hala berkenaan hala tuju dan usaha kerjasama kedua-dua belah pihak demi pembangunan negeri.
Hadir sama, Encik Maizatul Akmal bin Mohd, Timbalan Pengarah (Pembangunan); Encik Khairul Hisham bin Zainudin, Pegawai MARA daerah Kerian dan Encik Zamzuri bin Ishak, Pegawai Teknologi MARA Perak.
Sumber : Korporat, SUK Perak.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.